KURSUS PEMAHAMAN PEMBELAJARAN BERASASKAN HASIL [OBE] KEPADA PELAJAR TAHUN 2023
 
Kursus Pemahaman Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education – OBE) adalah satu perkongsian kepada pelajar berkenaan konsep OBE iaitu demonstrasi kepada hasil pembelajaran, apa yang harus boleh dilakukan oleh pelajar. Hasil biasanya diterjemah melalui pengetahuan, kemahiran fizikal atau sikap.
 
Tarikh: 17 FEB 2023 (Jumaat)
Masa: 3.00-5.00 petang
Tempat: Dewan Sallahuddin Al-Ayubi
Anjuran: Unit Jaminan Kualiti
Penglibatan:
1. Cik Kamariah binti Yusof (Penceramah/ Pegawai Peperiksaan)
2. Semua pelajar Kolej Komuniti Bagan Serai Sesi II 2022/2023
 
 
SESI PA MINGGU KE 2 - SEMBANG SANTAI BERSAMA PENGARAH
 
Tarikh: 16 Februari 2023 [Khamis]
Masa: 3:00 petang
Tempat: Dewan Kuliah
 
Sesi Penasihatan Akademik (PA) - Slot Sembang Santai Bersama Pengarah ,melibatkan pelajar Kolej Komuniti Bagan Serai telah diadakan. Di dalam pengisian slot ini, En Mohammad Akhyar bin Haji Mohd Noor telah berkongsi panduan serta tip berguna untuk menjadi pelajar yang berpekerti mulia, selaras dengan tuntutan agama. Semua pelajar semestar 1, 2 dan 3 telah menyertai dan mendapat manfaat daripada perkongsian ilmiah ini. Semoga penganjuran program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan dan memberikan faedah dan kebaikan kepada semua para pelajar Kolej Komunti Bagan Serai khususnya.
 
 
PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI BERSAMA AKADEMI PILIHAN RAYA (APR), SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)
 
Tarikh: 15 Februari 2023
Masa: 2:00 petang - 5:00 petang
Tempat: Dewan Sallahuddin Al-Ayubi
 
Program Pendidikan Pengundi bersama Akademi Pilihan Raya (APR) diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai pentingnya penglibatan dalam pilihan raya dalam kalangan rakyat, terutamanya golongan belia. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Amar Soufwan bin Morazuki, Penolong Pengarah, Akademi Pilihan Raya (APR).
 
 
PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG DAN PERJUMPAAN PELAJAR & PENSYARAH SPP
 
Tarikh : 9 Februari 2023 (Khamis)
Masa : 3.00 – 4.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah, KKBSe
 
Perjumpaan para pelajar SPP bersama para pensyarah SPP telah diadakan bagi meningkatkan ukhuwah dikalangan semua ahli SPP. Sesi pertemuan ini sarat diisi dengan pelbagai amanat dan pesanan dari kesemua pensyarah SPP. Aluan Ketua Program mengingatkan pelajar tentang kepentingan rasa kekeluargaan dan kerjasama di kalangan ahli SPP. Ketua Program juga menekankan keperluan untuk para pelajar menjaga dan meningkatkan imej SPP. Peringatan berkenaan garis panduan sahsiah, rupa diri, adab dan displin telah disampaikan oleh Pn. Nurul Ain bt. Azmi. En. Ahmad Shahrul Radzuan pula memberi taklimat dan garis panduan berkenaan perlaksanaan laporan dan penilaian berterusan yang baik. Bagi melahirkan pelajar yang holistik dan berciri keusahawanan, Cik Kuganyah Gobekrihnan dan Pn. Noor Idda Idris telah menyampaikan berkenaan peluang-peluang aktiviti dan keusahawanan yang boleh diceburi oleh pelajar. Pn. Noor Idda turut memberi taklimat berkenaan peranan dan tugas pelajar di BASICC Café sebagai Pusat Inkubator Keusahawanan Pelajar. Pengisian program turut menyelitkan sesi penyampaian hadiah bagi pelajar-pelajar yang berjaya meraih anugerah pengarah dalam peperiksaan sesi 1 2022/2023.
 

LAWATAN PEMERIKSAAN PERSEDIAAN UNTUK AKREDITASI PENUH LEMBAGA TEKNOLOGI MALAYSIA (MBOT) PROGRAM SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI OLEH UNIT JAMINAN KUALITI JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI.

Lawatan pemeriksaan persediaan ini telah diwakili oleh panel semakan persediaan akreditasi MBOT oleh wakil UJK JPPKK. Lawatan ini diwakili oleh Encik Md Rizal bin Ramli, Puan Wan Nur Fathia binti Zakiudin dan Puan Nor Ima binti Nor Shah. Lawatan ini telah berlangsung selama dua hari bermula pada hari Khamis, 9 Februari 2023 hingga Jumaat, 10 Februari 2023. Seluruh warga Kolej Komuniti Bagan Serai mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian ketiga-tiga panel semakan kerana telah memberikan cadangan penambahbaikan sebelum audit sebenar MBOT pada masa akan datang.

Kursus Microsoft Excel (08 Februari 2023)

Tenaga Pengajar: Cik Kuganyah A/P Gobekrishnan
Pembantu Pengajar: Puan Maryam Shahidah binti Hasni
Peserta: Pelajar SMK Bagan Serai
Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang aplikasi hamparan kerja seperti Microsoft Excel. Peserta telah didedahkan dengan persekitaran hamparan kerja dan manipulasi data bagi menyelesaikan sesuatu masalah, membezakan penggunaan formula dalam melaksanakan tugas-tugas kehidupan seharian. Semoga kursus yang dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta.
 
 
Majlis Pelancaran Ke Arah Pensijilan EKSA Kolej Komuniti Bagan Serai
 
Majlis Pelancaran Ke Arah EKSA Kolej Komuniti Bagan Serai telah diadakan pada 3 Februari 2023 dan telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Bagan Serai, Encik Mohamad Akhyar Bin Haji Mohd Noor. Majlis ini telah dirasmikan dihadapan seluruh warga kerja dan pelajar Kolej Komuniti Bagan Serai. Dengan perasmian ini, maka bermulalah amalan kerja ke arah pensijilan EKSA di Kolej Komuniti Bagan Serai.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Kolej Komuniti Bagan Serai yang terlibat.