KURSUS YANG DITAWARKAN DI KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI

  1. SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN

 

Syarat Am Kemasukan 

 

1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

 

Tempoh Pengajian – 4 Semester

 

SINOPSIS

Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri untuk menjadi pekerja separa mahir. Program ini meliputi kemahiran dalam bidang pemprosesan makanan dan kawalan mutu hasilan makanan. Kursus yang ditawarkan merangkumi pemprosesan dan pembungkusan semua kategori makanan khususnya yang bersumberkan bahan mentah tempatan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan : 

1. Pemprosesan dan kaedah pengawetan buah – buahan, sayur – sayuran, ikan dan hasilan laut, daging dan ayam, telur, bakeri dan konfeksionari.
2. Pengenalan tentang pengawalan mutu makanan, baik semasa atau selepas pemprosesan, aspek kandungan makanan dan pemakanan.
3. Perundangan Makanan dan Pengenalan Makanan Halal yang menjadi isu utama dalam pemprosesan makanan.
4. Pengurusan dan pemasaran hasilan makanan.

 

PROSPEK KERJA 

Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separuh mahir yang kompeten dalam teknologi pemprosesan makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan. Antara pekerjaan yang berpotensi adalah: 


Pembantu Kawalan Kualiti Makanan
Pembantu Jaminan Kualiti Makanan
Pembantu Makmal Usahawan Industri kecil dan sederhana
Penolong Pengurus Restoran
Penolong Pengurus Pengeluaran Makanan
Penolong R & D
Penolong Pegawai Penyelidik

 

  1. SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

 

Syarat Am Kemasukan 

 

1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

 

Tempoh Pengajian – 4 Semester

 

SINOPSIS

Program Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Penyediaan rekod-rekod perakaunan daripada dokumen sumber dan seterusnya menyediakan Laporan Kewangan berpandukan kitaran perakaunan yang lengkap.
2. Pengendalian kos pengeluaran, buku tunai runcit, dan penyata aliran tunai dengan menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib
    dalam melaksanakan tugasan.
3. Melaksanakan aktiviti sokongan pemasaran,pengiklanan, promosi jualan dan sokongan jualan dengan betul dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik yang sesuai dan tertib dalam melaksanakan tugasan.
4. Melibatkan diri dalam pembangunan maklumat dan keusahawanan.
5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas keusahawanan di dalam bisnes secara professional dan beretika.
6. Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial semasa merancang dan melaksanakan tugasan
7. Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat dan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.
8. Menyampaikan pengetahuan bagi isu kotemporari dan mengenal pasti keperluan bagi pembelajaran sepanjang hayat.
9. Berkomunikasi secara berkesan, bersikap professional dan bertanggungjawab di dalam persekitaran kerja berkumpulan.


PROSPEK KERJA 

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengoperasian perniagaan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang pengoperasian perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengoperasian perniagaan, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut : 


Penyelia Operasi.
Penyelia Jualan
Penyelia Sumber Manusia
Pembantu Pemasaran
Perunding Perniagaan
Kerani
Usahawan dalam sektor perniagaan