PERUTUSAN PENGARAH KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan anda ke laman web rasmi Kolej Komuniti Bagan Serai (KKBSe) ini. Pelancaran laman web ini adalah untuk memaparkan dan mendedahkan maklumat semasa berkaitan dengan Kolej Komuniti Bagan Serai agar ia dapat menjadi sebahagian sumber maklumat serta sebagai bahan rujukan penting yang boleh dikongsi bersama dan dapat memberi input yang berguna kepada semua warga kolej serta  juga kepada para pembaca laman web ini seterusnya sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu ICT di Malaysia.

Menerusi laman web ini, orang ramai berpeluang untuk mengetahui banyak maklumat, informasi dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Kolej Komuniti Bagan Serai. Bertepatan dengan visi menjadi peneraju institusi TVET yang unggul dan Misi menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf, memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat, melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang serta memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.

Akhir kata syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk merealisasikan Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Bagan Serai ini. Semoga dengan adanya laman web ini,dapat memberi banyak faedah dan manfaat kepada orang ramai.

 

Selamat melayari laman web Kolej Komuniti Bagan Serai.

Sekian. 

 

                       

Mohamad Akhyar Bin Hj. Mohd Noor

Pengarah

Kolej Komuniti Bagan Serai.